Thursday, September 23, 2010

Bacaan Ratib al Attas bersama Qadi Johor Bharu di Kem Mualij Ulu Tiram bersama KISWAH


Kem Mualij Pertama terhad kepada 20 peserta terpilih sahaja.


Alhamdulillah, KISWAH bersyukur ke Hadrat Allah Taala kerana Kem Mualij yang bakal berlangsung pada 30 dan 31 Oktober depan akan turut dimeriah dan dirasmikan oleh Tuan Kadi Johor Bharu yang juga akan membacakan Ratib Al Attas pada malam tersebut. Terima Kasih atas keprihatianan pihak tuan...

Tentatif Kem Mualij Ulu Tiram 30 dan 31Oktober 2010:


6.00 ptg: Pendaftaran


7.15 mlm: Solat Maghrib Berjemaah dan Bacaan Ratib Al Attas bersama Qadi Johor Bharu


8.30 mlm: Solat Isyak Berjemaah


9.00 mlm: Slot 1: Pembacaan ruqyah, penjelasan dan penelitiannya oleh Us Hayat


11.00 mlm: Slot 2: Demonstrasi dan praktikal mualij baru merawat pesakit.dikendalikan oleh Us Hayat dan perawat senior KISWAH


12.30 mlm: Slot 3: Slot Khas: :"Berbicara dengan Alam Ghaib" dikendali oleh KISWAH


3.00 pg: Rehat / Tidur


5.00 pg: Qiyamullail


6.00 pg: Solat Subuh


6.15 pg: Sesi Konklusi dan Resolusi Kem Mualij KISWAH

7.30 pg: Wada'


Terhad kepada 20 orang terawal mendaftar dgn syarat mengikuti modul 1 dan 2 Seminar KISWAH.

No comments:

Post a Comment