Friday, September 17, 2010

Sihir Mandul / jerut zakar dan rawatannya

Simpulan tali yang sering dikaitkan dengan sihir... Jerut zakar dan jerut nafsu adalah antara jenis2 sihir yang disimbolikkan dengan jerutan dan simpulan tali....


Definisi:
“Masalah / gangguan kesihatan sama ada campurlibat jin atau tidak

sehingga menyebabkan pasangan menderita tidak mendapat cahaya mata”

Terbahagi dua:
1) Tiada campurlibat jin; masalah kesihatan dan kesuburan. Juga

masalah kedudukan rahim.

2) Campurlibat jin; jin ‘membakar’ benih tersebut sehingga mati.

Jika terbentuk pun akhirnya keguguran atau hilang semasa ibu

mengandung

Punca:
1) Gangguan jin yang tidak suka manusia beranak- pinak. Jin merosakkan

benih tersebut.

2) Masalah sihir jerut zakar dan jerut nafsu.

3) Masalah jasmani; kesihatan benih.

4) Masalah jasmani: kesihatan seksual; mati pucuk, tenaga batin dll.

5) Kedudukan peranakan yang tidak normal. Mesti berurut.


Tanda2 mandul disebabkan campurtangan sihir

Tanda ketika tidur:
* Mimpi ular, binatang buas dan berbisa, sampah, kubur, bayi, bunyi gigi,

tersentak, benda tajam, benda gatal, lembaga, mayat dsb.

Tanda ketika jaga:
* Sakit tulang empat kerat, sakit belikat, ketumbuhan, takut menziarahi

orang mati, sawan, ragu2 akan iman, gelisah mendengar al Quran dan

azan dsb.



Simptom:
1) Tidak selesa ‘bersama’ pasangan.

2) Masalah keguguran yang kerap.

3) Masalah anak dalam kandungan hilang.

4) Tidak bernafsu sama sakali malah benci.

5) Bernafsu tapi tertutup serta longlai saat akhir.

6) Tidak mendapat anak walaupun berpuluh tahun berkahwin tanpa ada

sebab klinikal.

7) Putus asa untuk mendapatkan anak. Malah ada yang langsung tidak

mahu anak.


Rawatan:
1) Jika ada gangguan hendaklah dirawat dengan ruqyah. Dengar,minum,

mandi + cd.

2) Jika tiada gangguan:
- Sediakan :
*madu asli & minyak habbatus sawda’
(Bacakan dengan al Fatihah, Ayatul Kursiy, akhir surah al Baqarah, akhir

surah Ali Imran kepada bahan2 tersebut)

* madu asli – minum satu sudu madu yang dicampur air ruqyah sebelum

makan setiap pagi selama paling kurang 3 bulan.

* minyak habbatus sawda’ – sapu di dahi, di sekitar tulang belakang dan

anggota kelamin setiap hari. Minyak zaitun disapu pada anggota kelamin

semasa hubungan intim.


-baca: Surah as Soffat selepas Subuh
- Surah al Maarij sebelum tidur

* Ini adalah sebahagian dari pengisian kertas kerja modul dua seminar rawatan Islam KISWAH.

No comments:

Post a Comment