Sunday, September 19, 2010

Pesanan Tuan Admin Forum: Forum Dibuka Kembali: Join Segera!

Tuan Admin Forum yang sentiasa ceria bersama anakandanya yang tercinta :)

Ini adalah email TA Forum kita:

Assalamualaikum,

Kami dari KISWAH memohon maaf kepada semua kerana tidak memberitahu terlebih dahulu mengenai perkara forum di tutup atas beberapa sebab teknikal. Kini dengan izin ALLAH forum di buka kembali dan berada dalam keadaan Sihat sihat belaka Alhamdulillah.

Sepuluh jari di susun memohon ampun dan maaf kepada semua forumers yang telah mencuba melayari forum ini ampun dan maaf juga yang kami pohonkan.


Berikutan dengan itu kami ingin mengumumkan mengenai pusat Rawatan Di Bandar Puteri Klang yang akan mula beroperasi seperti biasa yakni dari jam 10.00 Pagi hingga 10.00 Malam setiap hari.Bermula dari hari Sabtu 25hb September 2010.

Pusat Rawatan di Bandar Puteri Klang akan di kawal selia Oleh Saudara Hassan yang telah bersetuju untuk menjadi perawat tetap di Bandar Puteri Klang. InsyaALLAH berita mengenai perkara ini akan di berikan secara terpeinci dalam masa 3-4 hari lagi.

Pada semua pengunjung pusat Rawatan kami sila lah hubungi saya di talian 0182027559 bagi mengesahkan kehadiran untuk sesi rawatan.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan kepada kami selama ini dan mudah mudahan segala urusan Dipermudahkan ALLAH di tempat tuan tuan dan puan puan juga di tempat kami AMIN.......

Sekian dari saya MAAF ZAHIR BATIN....

P/S: Pusat Rawatan Temerloh akan dibuka kembali pada hari Isnin 20 September 2010 setelah lebih kurang dua bulan ditutup atas sebab2 tertentu.. Ampun maaf kepada orang ramai yang menelefon saya untuk rawatan sebelum ini, namun hampa kerana hajat anda tidak dapat saya penuhi. Ini berlaku selama lebih kurang dua bulan, sebaik sahaja isteri saya bersalin anak kedua pada 15 Syaaban yang lalu.

Untuk mendapatkan rawatan sila telefon saya di talian KISWAH 017 9065131. Telefon dahulu sebelum datang ke pusat rawatan.

ADMIN KISWAH RUQYAH SYARIAH & TUAN USTAZ HAYAT.

http://www.rukyahsyariah.com/

1 comment:

  1. Saya berminat terhadap beberapa artikel di blog ini terutama artikel bertajuk
    "Masalah anak nakal dan pelembut hati"
    Saya telah pun menyalin n menaik turun ke blog saya
    saya minta halal n T kasih.

    ReplyDelete